• Main
  • News

Angkat Sumpah Di Masjid Kampung Hulu Melaka

Angkat Sumpah Di Masjid Kampung Hulu Melaka

ANGKAT SUMPAH DI MASJID KAMPUNG HULU MELAKA

Tahukah anda bahawa di Masjid Kampung Hulu dahulu, masyarakat daripada pelbagai bangsa datang untuk angkat sumpah, antaranya Baba Nyonya dan Chetti?

Selain angkat sumpah, ada juga yang datang ke Masjid Kampung Hulu untuk melangsaikan hutang nazar (janji apabila tercapai hajat) dengan memberikan hadiah seperti makanan atau buah-buahan.

Selalunya seorang penjenayah akan dicabar angkat sumpah di masjid ini untuk membuktikan diri tidak bersalah. Namun kebanyakan orang tidak berani angkat sumpah kerana takut akan balasan buruk sekiranya sumpah itu dilanggar.

Sumber: "Masjid Kampung Hulu, Warisan Masjid Tua Melaka," Amirul Qasimi (2016).

Imej: Masjid Kampung Hulu pada tahun 1910.

#sejarahMelayu #kampungHulu
#sanazperfume #originalperfume
#halaljakim #sirimmalaysia
#perfumelover #perfumeviral
#sharingstory #melaka